gambar/Paskaw.gif (26986 bytes)

2002

Menu Utama

CERAMAH PERASMIAN 
JUBLI EMAS HULU TERENGGANU
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11   


 webmaster  

Pas Kawasan Hulu Terengganu mengalu-alukan kedatangan YAB Dato Seri Tuan Guru Menteri Besar serta seluruh kepimpinan Kerajaan Negeri ke Hulu Terengganu pada 24 dan 25 Mac 2002

Berita Terkini

Hj Nordin Saidin dilantik Pesuruhjaya Hisbah
16 Apr 2002 - Dewan Undangan Negeri Terengganu yang bersidang hari ini bersetuju untuk melantik Haji Nordin Saidin sebagai pesuruhjaya Hisbah. Jawatan yang belum pernah diisi secara resmi hari akhirnya terjawab dengan cadangan yang dikemukakan oleh YB Tun Sallah Abbas di dalam Sidang dewan. Hj Nordin, 58, mempunyai pengalaman yang cukup sesuai untuk menjawat jawatan ini, kata YB Tun Salleh. Beliau pernah berkhidmat di bawah kerajaan persekutuan lebih 34 tahun di dalam Jabatan Polis dan Badan Pencegah Rasuah (BPR). Antara jawatan yang pernah beliau sandang ialah Pegawai Penyiasat, pendakwaraya, Pegawai Khas Pengarah BPR Malaysia dan jawatan terakhir yang beliau pegang ialah pengarah BPR di beberapa buah negeri termasuk Perlis.

Letak Jawatan Jika Salahguna harta rakyat: Tun Salleh
16 Apr 2002 - Saya bersedia letak jawatan dan dibawa ke Mahkamah jika terbukti menyalahguna harta rakyat untuk kepentingan peribadi, ujar YB Tun Salleh Abbas. Menjawab tuduhan yang dikemukakan oleh majalah keluaran UMNO yang berniat jahat, YB Tun Salleh berkata bahawa beliau telah bertanya kepada Setiausaha Kerajaan Negeri tentang hak dan cara ketika penyerahan kunci kereta Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dahulu. Menurut beliau terdapat pekeliling SUK tahun 1990 tentang hak dan cara penggunaan kereta kerajaan yang memberi hak penggunaan peribadi kepada YAB Menteri Besar, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan, setiausaha Politik Menteri Besar dan beberapa orang lagi.

UMNO Terengganu antara perkara yang 'Ajaib' di Dunia: MB
16 Apr 2002 - "Royalti Petroleum adalah hak rakyat Terengganu tanpa mengira batasan agama dan bangsa. Ia juga bukan hak PAS dan UMNO", kata YAB Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. UMNO juga menjadi batu penghalang kepada projek-projek yang memberi keuntungan kepada rakyat, malah mereka sanggup bertemu Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri semata-mata kepentingan politik mereka walaupun rakyat terpaksa menderita.

Justeru itu YAB Menteri Besar menyifatkan UMNO Terenganu antara Makhluk yang Ajaib di dunia. Hal ini belum pernah terjadi kepada mana-mana kompenan BN sewaktu ada negeri yang pernah jatuh ke tangan pembangkang di negeri berkenaan.
 

Syabas SUK dan kakitangan kerajaan Negeri: MB
16 Apr 2002 -- "Kerajaan negeri terpaksa berjuang dengan sebelah tangan dan terpaksa menghadapi dengan senjata haram UMNO seperti JKKK dan media", kata YAB Menteri Besar. Beliau seterusnya memuji seluruh kakitangan kerajaan negeri yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk membangunkan negeri walaupun dengan hasil hanya 30% berbanding sewaktu pemerintahan dahulu.

Syabas kepada Setiausaha Kerajaan Negeri  dan seluruh kakitangan kerajaan Negeri yang banyak bersabar dan cekal dalam menghadapi penindasan UMNO dan kerajaan Pusat.

 

 
DAPATKAN

.....
Teks Khutbah
5 April 2002

 

Kuliah Dhuha Jumaat
 
Dun Manir
Pusat Tarbiyyah Kubang Lembik
 
Dun Kuala Berang
Masjid Telaga
 
Dun Ajil
Masjid Tok Randok
 
Dun Telemong
Masjid Kuala Menjing

 

  Bacaan Sheikh Abd Basit
Dapatkan di jaringan di bawah
Anda adalah pengunjung ke: 
Escati Free Counter
Sejak 7 Julai 2001

View Counter Stats
Sudilah tanda tangan 
buku pelawat laman ini

  Guestbook By Escati
Sila Tandatangan Buku Pelawat
Lihat Buku Pelawat
Paparan terbaik dengan : 
Internet Explorer 5.0 atau ke atas (  800 x  600  )  

 

 
Alamat Pejabat PAS
Kawasan Hulu Terengganu:
No. 466, Jalan Besar,
21700 Kuala Berang, Terengganu Darul Iman
Tel:09-6812566

 

 

(R) PAS KAWASAN HULU TERENGGANU     7 JULAI 2001